Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
HIPOKRIT adalah perkataan yg paling layak ditujukan kpd kehidupan ku selama ini..Walaupun pada zahirnya aku berfikiran penuh positif, sentiasa memikirkan yang baik2 saja namun hakikat sebenar kehidupan ini tak siapa yg tahu..Cuma aku dan suami yg laluinya..Keluarga melihat baik2 saje..Kawan2 memandang semuanya OK..Aku masih bersyukur dgn apa yg ada..Seorang suami yg baik, bertanggungjawab dan selalu buat aku gelak sudah cukup membahagiakan namun cumanya aku rasa kehidupanku sedikit diuji oleh Nya dari segi kewangan, material dan kadang2 aku buntu memikirkan masa depan yg semacam kelam tapi tetap membahagiakan..Haaaa mcmana tu..??? Maksudku hubungan suami-isteri kami tiada masalah langsung cumanya dari segi ekonomi keluarga yg dirungsingkan sangat..Memang benar rezeki Allah ada di mana2 cuma tinggal usaha saje..Memandang kan aku hanyalah seorang surirumah, suami pula kerja biasa2 saje tapi Alhamdulillah cukup2 untuk kehidupan kami berdua..Benarlah perancangan Allah itu adalah terbaik untuk kita dan adalah sebaik2 perancangan dari Nya..Mungkin keadaan ini boleh dijadikan asbab dan alasan mengapa Allah belum mengurniakan lagi buat kami zuriat keturunan setelah hampir 3 thn usia pernikahan kami..Tipu lah jika kami tidak runsing akan hal itu..Honestly, setiap hari aku memikirkannya..OK pasal zuriat ni akanku buat entri khas nanti..Jika diikutkan hati semua mahu dimuntahkan dan diliahkan dalam 1 entri ni..:-(
ALLAH...!!!! Sebetulnya banyak benar perkara tentang kehidupan sebenarku yg ingin dibangkitkan di sini..Bukan mahu merungut sekadar untuk memberi peringatan dan gambaran sebenar kehidupan seorang hambaMu selama lebih kurang hampir 30 tahun bernafas di muka bumi Mu ini Ya Rabbi..Jika anda lihat bait2 patah perkataanku ini anda menggambarkan ku sbg sebagai seorang alim berlemah lembut sopan santun berbudi bahasa pekerti mulia..ANDA SILAP..!!! Aku lah manusia yg sgt sombong dgn Allh, lalai dgn suruhan Allah, menjalani kehidupan yg bagiku kadang2 agak sia2 walaupun hatiku baik sesama manusia tapi dengan Allah yg menciptaku ini, aku akui aku sangat angkuh dgn Allah..!!! Sbb itu lah aku wujudkan blog ini adalah salah satu inisiatif aku supaya lebih dekat pada Nya..Aku bukan jahil..Aku bukan buta ilmu agama..Sejak kecil hingga dewasa ilmu agama sentiasa berada di sekelilingku cuma tinggal aku amalkannya saja..Ilmu yg dipelajari bukan di calang2 tempat ku belajar..Jika di'reveal'kan di blog ni aku khuatir akan memburukkan nama institusi tempatku belajar..Sedangkan institusi itu tidak bersalah, yg teruknya adalah datang dr diriku sendiri..Semoga segala penceritaan dalam blog ini dapat menginsafkan ku, dapat mendekatkan lagi diriku kpd Pencipta dan anda ambillah pengajaran dari liku2 kehidupan ku ini..Hasbunallahu wanikmal wakeel :-)
Hamba Mu ini berazam mahu memperbanyakkan puji2an ke atas Mu Ya Allah dlm penulisan blog ini supaya dpt mendidik jiwa dan hatiku bilamana aku membacanya kembali di masa2 mendatang..@_@
No comments:
Post a Comment