Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Memandangkan di subuh yg hening ini Anne masih dlm mood mahu berkongsi kisah kehidupan di sebalik tabir Anne, sudilah kiranya Anne meluahkan isi hati kecil ini..Anne agak rindukan suami di saat ini sementelah kami boleh dikategorikan sbg pasangan jarak jauh disebabkan oleh faktor kerja suami..Kadang2 suami tido kt rumah dan skali skala beliau kna outstation merata2 tak tentu..Masa mula2 awal perkahwinan tipulah kalau kata Anne tak sedih berjauhan dgn suami..Org kata tahun pertama alam perkahwinan adalah tempoh suai diri sesama sendiri dan mengikut pengalaman Anne sendiri tahun pertamalah byk pergaduhan mulut @ perang mulut..Ye lah proses menyesuaikan tabiat masing2 yg agak bercanggah konpem mencetuskan salah faham..Betul kata pepatah 'sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri'..Sebenarnya pergaduhan mulut ni AMAT BAGUS sbb daripada kejadian ini lah masing2 boleh masak dgn perangai pasangan danamat berguna di kemudian hari sbb esok2 bila difikirkan balik, ooooo rupanya suami aku x suka mcmni, ooooo rupanya suamiku x suka mcm tu..And lain kali bila nk buat sesuatu tu automaticly kita akan beringat..Jadi boleh dikatakan daripada pergaduhan itu lah yg mematangkan sesebuah rumahtangga..Jgn sesekali rasa teruk, menyesal, takut jika berlaku perang mulut..Sbb ianya sebenarnya mengeratkan lagi hubungan suami isteri..Tapi kalau kes belasah membelasah tu lain cerita, itu kena report pasal keganasan rumahtangga..Alhamdulillah syukur pada Allah Anne dikurniakan suami yg tak pernah pukul, naik tangga hatta menjentik Anne jauh sekali cumanya gaduh2 marah2 mulut saje lah..Adat berumahtanggalah tu..Jika tidak, something wrong lah alam rumahtangga anda..Allah Maha Memberi..Jodoh Allah telah tetapkan sesuai dgn peribadi kita..Anne perasan Allah kurniakan Anne seorang lelaki yg sepesen dgn Anne..Kami bukan baik sangat dan bukan jahat sangat..Seadanya lah..Kami dalam proses membaiki diri terutamanya dari segi amalan solat, puasa, dan dalam hal2 keagamaan kami masih lagi alpha..Mohon Allah tunjukkan jalan..Mohon Allah permudahkan segalanya..Kami masih percayakan Allah yg satu, tidak pernah percaya dan terikut ajaran sesat..NAUZUBILLAHIMIN ZALIK..!!!! Mohon Allah jauhi kami dan anak2 keturunan kami drpd kesesatan, jahil dan lupa tentang ajaran Mu..Anne akui amalan solat Anne masih terumbang ambing, masih banyak yg perlu diperbaiki..Allahu Robbi cabaran terbesar untukmelakukan ajaran Mu itu adalah penyakit MALAS..!!! Terlalu berat badan ku untuk menyembah Mu 5 kali sehari..Syaitonorrojim amat zalim dan berjaya menumpaskan ku..Allahu Allah..Kau jauhilah aku dan keturunanku nanti drpd penyakit MALAS beribadat ini..Apa dayaku Ya Allah..Hanya Engkaulah yg Maha Mengetahui..Aku hina, aku jijik, aku kotor di sisi Mu..Ampunkan dosa2 ku dan juga dosa2 suamiku Ya Rabb :-(
Allahu Allah..Terlalu byk yg perlu ku ungkapkan, yg perlu ku canang di blog ini akan kejahilan dan kealpaan ku sendiri..Bukan niat membuka aib cuma niat ingin memperingati dan memperbaiki..Aku khilaf..Aku hina di sisi Mu Ya Allah..Ampunilah aku, berilah kesedaran yg hakiki kepadaku..Turunkan lah peringatan2 tentang kekuasaan Mu dlm kehidupan ku nescaya aku tidak akan sesekali melupakan suruhan Mu itu Ya Allah..Aku redho :-(
No comments:
Post a Comment